Khamis, 20 Februari 2020

KAU


Kau

Kau hadir dengan diukir
Kau hilang seperti petir
Kau datang tanpa undangan
Kau pulang tanpa berizin
Kau jauh dia mendekat
Kau hilang dia mencari

Dimana tempat kau berada
Di situ dia berada
Rupamu dikenal merata tempat
Tidak mengira rupa bentukmu

Kau tetap dibelai
Kau mewujudkan rompakan
Kau asas perjudian
Kau mengakibatkan pembunuhan
Kau membuatkan perceraian
Kau adalah raja segala raja.

sila nyatakan dalam komen siapakah yang bergelar KAU dan siapakah yang bergelar DIA?

Selasa, 26 November 2019

Puisi eksperimantal



Salam sejahtera smua sahabat-sahabat pembaca sekalian. Apakah yang anda tahu berkaitan dengan puisi eksperimental? Disebabkan dengan kekurangan pengetahuan berkaitan dengan puisi seperti ini, saya akan membahaskan persoalan ini melalui apa yang saya ketahui berkaitan dengan puisi eksperimental.

Eksperimental berasal daripada perkataan eksperimen. Dimana eksperimen ini bermaksud pengkajian sesuatu perkara yang menimbulkan persoalan atau menciptakan sesuatu yang baharu. Begitu juga dengan puisi eksperimental.

Seperti mana yang kita ketahui bahawa puisi ini wujud akibat daripada pengucapan seseorang melalui perasaanya atau penyampaiannya menerusi sajak, puisi, gurindam dan sebagainya. Puisi-puisi seperti ini saya yakin yang sahabat-sahabat sekalian juga mengetahuinya kerana ini adalah puisi-puisi lama yang ada dalam masyarakat melayu. Dimana setiap bentuk puisi-puisi ini adalah biasa dan menarik jika dibaca atau didengari. Penggunaan bahsa atau kiasan dalam puisinya juga biasa dan mewujudkan keindahan bahasa jika ia digabungkan kesemuanya. Ciri-ciri puisi biasa seperti inilah yang menjadi persoalan kepada puisi eksperimental.

Puisi eksperimental ini adalah puisi yang amat beerbeza dengan puisi biasa. Hal ini dikatakan demikian kerana puisi ini mempunyai konsepnya yang diluar daripada konsep puisi biasa. Dimana setiap karya yang berkonsepkan eksperimental membuatkan pembaca atau audience lebih tertanya-tanya akan maksud yang hendak disampaikan oleh penyair. Secara ringkasnya, puisi eksperimental ini membawa pembaca berfikir secara lebih dalam tentang maksud sesuatu karya yang hendak disampaikan oleh pembaca. Menyentuh pula kepada ciri-ciinya, sudah tentulah mempunyai perbezaan. Puisi eksperimental boleh dilihat cirinya melalui penggunaan ayatnya yang sukar untuk dimengertikan oleh pembaca.

Kesimpulannya, puisi eksperimental ini jauh berbeza dengan puisi melayu biasa. Namun begitu, puisi ini juga sangat baik untuk masyarakat kini dan akan datang kerana ia lebih membawa kita kepada belajar dan berfikir lebih dalam atau lebih jauh dalam mentafsirkan sesuatu yang dibaca atau diketahui. Pada pandangan saya, puisi eksperimental ini boleh dikatakan sebagai fantasi kerana ia sukar untuk difahami oleh pembaca. Demikian juga dengan fantasi yang sukar untuk di baca oleh pancaindera manusia.

SEKIAN ........

Khamis, 14 November 2019

kembara puisi UK


KEMBARA PUISI ULU KUKUT

Kembara puisi ?
Kembara puisi ke UK ?
Wahhh....
Akhirnya,
Angan-angan nak pergi UK
Bakal akan tercapai

Ku tertawa sendiri
Bila ku tahu akronim UK
Yang sebenar
Rupanya SK Ulu Kukut..

Namun,
Imbasan ingatanku akan zaman dahulu
Kini mula bersorak difikiran ku
Keyakinan bertemu anak-anak
Kecil makin melonjak tinggi
Inikan lagi dikhabarkan dengan
Tugasan nak berkongsi ilmu pada anak-anak comel

Ksempatan yang diberikan ini
Membuatkan aku lebih terharu
Untuk menyuntik ilmu pengetahuan ku
Kepada anak-anak comel
Aku sangat gembira
Melihat karenah anak-anak
Yang begitu tekun
Menghasilkan sebuah puisi

Bagi ku,
Kebijakan mereka ini
Tidak sesuai dengan usia mereka
Namun jelas terbukti
Bahawa SK Ulu Kukut
Mempunyai anak-anak yang bijak
Dalam akademik

Memang nyata sebuah pengembaraan
Mampu mengukir sebuah pengalaman
Pengalaman dalam mendidik
Bersama dengan kembara puisi SK UK.....

Terima kasih SK Ulu Kukut
#SK UK
#kau di hati ku

Sabtu, 9 November 2019

Penyair Mati Mudah Menghasilkan Karya Yang Besar


Salam pertemuan semua pembaca dalam tulisan saya yang mengisahkan tentang beberapa penyair yang mati mudah namun meninggalkan karya yang besar. Dalam coretan kali ini, tidak ada bezanya dengan peribahasa yang dikatakan “bagaikan harimau mati meninggalkan belangnya” peribahasa ini sangatlah sesuai bagi beberapa penyair yang tidak berpeluang menuntut ke hari tua mereka akibat ajal yang menyentuh mereka terlebih dahulu. Antara penyair yang dimaksudkan ini seperti Chairil Anwar, Soe Hok Gie dan juga Wiji Thukul. Inilah antara penyair yang dimaksudkan oleh peribahasa yang dinyatakan di atas.

chairil-anwar.jpg 
Chairil Anwar
Chairil Anwar ini merupakan seorang yang amat berbakat dalam bidang sastera terutamanya dalam bidang puisi. Namun beliau ini tidak berpeluang untuk melanjutkan karyanya untuk lebih banyak kerana nasib kehidupan yang tidak mengizinkan. Jika kita mendengar “si  binatang jalang” maka itulah juga yang dikatakan sebagai Chairil Anwar. Beliau ini dilahirkan di Medan pada 26 Julai 1922 dan merupakan seorang anak tunggal. Beliau mendapat pendidikan awal di Hollandsche School kemudian beliau melanjutkan pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) namun beliau berhenti belajar sebelum beliau menamatkan pengajian di MULO kemudian memulakan karyanya dalam membuat puisi. Walaupun beliau tidak mempunyai sekolah yang tinggi seperti tokoh-tokoh masa kini, namun karya-karya hasil beliau amatlah menarik dan disukakan ramai. Karyanya boleh dilihat melalui puisi “aku” yang sangat terkenal kini. Namun begitu, usia beliau yang singkat menamatkan beliau untuk terus berkaya. Beliau telah meninggah pada usia 27 tahun. Beliau meninggal dunia pada 28 April 1949. Walaupun kesempatan beliau yang begitu singkat untuk berkarya, tetapi karya-karya beliau masih lagi hidup pada masa kini.

Soe-Hok-Gie.jpg
Soe Hok Gie
Soe Hok Gie pula merupakan seorang penyair yang berbangsa Tionghua. Beliau ini merupakan anak kelahiran Indonesia yang dilahirkan pada 17 Disember 1942. Latar belakang pendidikan beliau ialah, beliau merupakan lulusan tinggi yang menuntut di universiti Indonesia yang mengambil kursus sejarah beliau dikenali sebagai penulis produktif. Banyak karya beliau yang digunakan untuk mengkritik pemerintah seperti “Jakarta 19-7-1996,  sebuah tanya” dan sebagainya. Usaha beliau ini sangat berkesan pada masa pemerintahan soekarno. Dimana keruntuhan pemerintahan Indonesia ketika itu dibantu oleh karya-karya beliau. Soe Hok Gie ini merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti Hiking. Dimana beliau meninggal dunia akibat daripada pendakian gunung semuru. Dimana beliau telah terhidu asap beracun ketika dalam pendakian tersebut. disebabkan dengan itu, beliau meninggal pada usia 27 tahun. Pemergian tokoh yang sangat berpengaruh ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam industry sastera.

wiji thukul.jpg
Wiji Thukul
Wiji Thukul dilahirkan pada 26 ogos 1963 di Surakata, Jawa Tengah. Nama sebenar Wiji Thukul ialah Widji Widodo. Beliau merupakan seorang yang boleh saya katakana sebagai seorang yang misteri. Hal ini saya katakana demikian kerana beliau meninggal tanpa diketahui sesiapa. Malah punca kematian dan keghilangan beliau juga tidak diketahui oleh sesiapa. Mengikut dugaan orang ramai, beliau menghilang pada 27 julai 1998 dan pada ketika itu beliau berusia 34 tahun. Beliau merupakan pejuang hak asasi manusia di Indonesia yang menentang kerajaan tanpa batas. Beliau banyak menentang melalui karyanya. Penentangan beliau yang sangat berpengaruh itu membimbangkan kerajaan sehinggah beliau dihilangkan.  Terdapat beberapa karya beliau yang terkenal sehinggah kini iaitu  peringatan, sajak suara,sajak bunga dan tembok. Kehilangan beliau yang tidak lagi dijumpai sehinggah kini amatlah mencurigakan dan beliau juga dikatakan telah meninggal dunia sejak daripada kehilangannya. Kehilangan seorang tokoh ini amatlah merugikan industry sastera seterusnya kepada masyarakat pada masa lalu.

Kesimpulannya, kesemua tokoh sastera yang mati di usia mudah ini meninggalkan karya yang begitu penting dalam kehidupan masyarakat kini. Walaupun kehilangan mereka tidaklah dminta-minta oleh semua orang, tetapi ajal yang singkat telah menentukan kehidupan mereka di dunia. Walaupun mereka hanya sebentar dalam dunia ini, mereka mempunyai peninggalan yang sangat berharga dan menjadi khazanah masyarakat kini. Usaha dan kebolehan mereka ini haruslah menjadi teladan bagi semua masyarakat agar kehidupan di dunia ini dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana kita manusia bukanlah selama-lamanya dalam dunia nyata.

Sekian.........

Khamis, 24 Oktober 2019

Chairil Anwar



Salam sejahtera salam salam puisi sekalian. Jika sebelum ini perkongsian saya berkaitan dengan bentuk-bentuk sastera, dan kali ini saya akan menulis berkaitan dengan seorang tokoh pemuisi diantara tokoh yang terkemuka. Tokoh yang saya maksudkan adalah Chairil Anwar yang berasal daripada Indonesia


Chairil Anwar dilahirkan di Medan, Sumatera Utara. Beliau dilahirkan pada 26 jun 1922. Namun kelahiran beliau ini menjadi pertanyaan orang kerana ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa beliau lahir pada 26 julai 1922. Beliau merupakan anak tunggal kepada sau pasangan iaitu Toeloes dan  Saleha. Kedua-dua ibubapanya merupakan warga bumiputera Indonesia. Selain daripada itu, ibubapanya juga mempunyai keistimewaan masing-masing kerana mereka mempunyai pertalian darah dengan perdana menteri Indonesia yang pertama Soetan Sjarir. Chairil Anwar mempunyai perjalanan hidup yang tidak seperti orang lain yang mempunyai kebahagiaan bersama dengan keluarga kandung.  Beliau hidup dalam kehidupan sebuah keluarga yang tidak tenteram akibat persefahaman antara ibubapa yang tidak intim dan akhirnya embawa kepada perceraian. Ibubapa beliau telah bercerai ketika beliau berusia 19 tahun. Setelah perceraian itu, bapa beliau telah berkhawin semula dengan seorang perempuan pilihannya. Selepas beliau tamat pengajian, beliau telah mengikut dan tinggal bersama dengan ibunya di Batavia.

Chairil Anwar mendapat pendidikan di Hollandsch-inlandsch school iaitu sebuah sekolah dasar bumiputera Indonesia yang pada ketika itu Indonesia dibawah penjajahan Belanda. Setelah itu beliau menyambung pelajarannya di sekolah Meer Uibreid Lager Onderwijs. Setelah beliau mencecah usia 18 tahun, beliau tidak lagi menyambung pembelajarannya malahan pada ketika itu beliau meletakkan satu tujuan dalam kehidupannya untuk menjadi seniman sastera. Beliau mula terkenal apabila tulisannya dimasukkan kedalam “majalah Nisan” pada tahun 1942. Pada tahun itu beliau baru berusia 20 tahun. Jika dilihat keseluruhan hasil tulisan puisinya, kebanyakannya merujuk kepada kematian. Apabila beliau mula terjerumus dengan kerjaya, dimana beliau menjadi sebagai penyair radio Jepun di Jakarta telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Sri Ayati. Kisah beliau dengan gadis ini tidak kesampaian apabila beliau memutuskan untuk tidak mengatakan isi hatinya terhadap gadis ini. Hal ini disebabkan dengan sikap beliau yang tidak berani menyatakan cintanya terhadap gadis itu. walaubagaimanapun, puisi-puisi yang ditulis beliau ini tidak diterbitkan sehingga pada tahun 1945.

Dalam hidup Chairil, wanita adalah kehidupan keduanya selain daripada buku. Dalam setiap puisi beliau, terdapat beberapa nama wanita yang dipamerkan yang menjadi impian dan dikejar oleh beliau sebagai pendamping hidupnya, namun tidak kesampaian. Pengakhiranya,  beliau mengawini seorang gadis Kerawang yang bernama Habsah. Namun jodoh mereka tidak membawa ke akhir hayat mereka kerana isterinya meminta cerai atas sebab cara kehidupan Chairil yang tidak berubah. Maslah ekonomi yang beliau hadapi juga menjadi titik tolak perceraian mereka. Namun, dalam usia yang masih terlalu muda, iaitu umur beliau 27 tahun, beliau mendapat pelbagai penyakit. Dan akhirnya penyakit yang beliau miliki membawa kepada kematian beliau. Dengan usia peninggalan beliau yang terlalu mudah ini telah menjadi satu kerugian yang besar kepada bidang kesusateraan Negara kerana kehilangan seoran pemuisi yang sangat hebat. Namun hal ini tidak dapat dielakkan kerana kematian adalah ditangan tuhan dan kita sebagai hamba tuhan harus dan wajib menerimanya. Walaupun beliau meninggal dimasa mudah, beliau meninggalkan banyak puisi yang juga menjadi sebagai alat pemborontakan masyarakat kepada pihak-pihak tertentu.

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih perih
Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi.

Puisi “Aku” ini ditulis oleh Charil Anwar sewaktu penjajahan jepun di Indonesia. Puisi ini membaw amaksud untuk keinginan dalam diri untuk berjuang dan mengangkat sebuah perjuangan walau sukar dicapai. Dalam puisi ini beliau meletakkan dirinya sebagai seorang yang bersalah dan tidak mahukan simpati terhadap orang lain jika dirinya menemui ajal. Beliau mengatakan bahawa walau sukar macammanapun menentang penjajah, kita harus lah terus berjuang dan mengganas mengikut kemahuan kita. pesanan yang beliau sampaikan ialah untuk terus menang dalam perjuangan, kita harus menentang dan terus menentang penjajah walaupun perjuangan kita dibayar dengan nyawa.

Banyak lagi puisi yang beliau tuliskan namu hanya puisi yang bertajuk “Aku” yang menjadi pilihan saya pada kali in. Sekian sahaja coretan sya berkaitan dengan tokoh sastera yang terkemukan ini........  

Rabu, 23 Oktober 2019

Mitos bukan cerita dongeng



Hello salam sejahtera, salam perkongsian semua pembaca. Kali ini tugasan yang herus diselidiki dan dikongsikan kepada kita semua adalah yang berbunyi  “ Mitos Bukan Cerita Dongeng”. Adakah kenyataan ini benar? Nak tahu? Jom baca di bawah ini.....

Pertama sekali, saya akan menerangkan berkaitan dengan mitos. Sebagaimana pengetahuan kita berkaitan dengan mitos, mitos adalah sama dengan cerita dongeng bukan. Itu adalah fakta yang salah. Kerana mitos ini sangat berbeza dengan cerita dongeng. Mitos dalam bahasa Yunani adalah dipanggil sebagai mite. Dimana mitos ini membawa pengertian sebagai cerita zaman silam ataupun cerita pada zaman dahulu yang benar-benar berlaku dan berkisarkan dengan prosa-prosa rakyat. Cerita-cerita yang berunsurkan mitos banyak mengaitkan dengan kewujudan sesuatu pada alam semesta ini. Dengan kewujudan yang ditemui oleh masyarakat zaman dahulu, ia akan menjadi bualan masyarakata sehingga perkara itu akan menjadi sebuah cerita. Kemudian cerita tersebut akan tersebar pada seluruh masyarakat. Oleh hal yang demikian, cerita mitos ini juga dianggap suci kerana kewujudannya yang ganjil. Kebanyakan kewujudan yang menjadi sebgaai alat penyembahan masyarakat dahulu. Dimana mereka percaya sesuatu yang wujud mempunyai penghuninya dan harus disembah. Cerita-cerita mitos ini sebenarnya banyak diwujudkan sejak daripada nenek moyang kita lagi.

Dongeng pula ialah khayalan semata-mata yang diciptakan oleh para pengkhayal. Cerita-cerita dongeng hanya diwujudkan sebagai hiburan masyarakat dan sebagai alat pengajaran.cerita-cerita dongeng ini hanyalah ciptaan manusia yang tidak pernah wujud dalam kehidupan sebenar masyarakat. Dan ini merupakan perbezaan yang sangat ketara dengan cerita mitos. Cerita dongeng ini pula banyak berkisarkan dengan unsure penceritaannya yang tidak logik. Dimana penceritaanya memberi kekuatan atau kuasa yang luar biasa kepada manusia sedangkan perkara tersebut mustahil untuk dimiliki oleh menusia biasa. Cerita dongen ini juga berasalnya daripada nenek moyang kita sendiri. Cerita dongeng ini sangat pepolar pada zaman dahulu setaraf dengan cerita mitos. Namun pada zaman sekarang, cerita dongeng tidak lagi diminati oleh kebanyakan masyarakat. Hal ini mungkinkerana pemikiran masyarakat yang sudah terlatih dengan kehidupan modeng yang sangat mencabar dan cerita seperti dongeng mudah membosankan bagi mereka.

Dari segi fungsi pula, kedua-dua jenis cerita ini mempunyai funsinya yang tersendiri. Cerita dongeng ini berperanan lebih kepada hiburan masyarakat. Cerita adalah sumber hiburan yang utama selain daripada bermain permainan tradisional. Hal ini demikian kerana zaman dahulu masyarakat akan berhibur untuk menghilangkan bosan melalui cerita. Dimana mereka akan berkumpul di satu tempat untuk saling berkongsi cerita. Dan masa ini lah berlakunya cerita dongeng. Walaupun cerita dongeng ini hanyalah sebagai hiburan, tetapi ia juga membawa beberapa pengajaran yang bermoral kepada masyarakat.

Manakala fungsi cerita mitos pula ialah, untuk menerangkan sesuatu sebab bagaimana perkara itu berlaku. sangat dikagumi masyarakat dahulu akan kekreatifannya. Kerana sesuatu kejadian yang berlaku itu dikaitkan dengan sesuatu kejadian. Sebagai contoh, agenda yang berlaku pada tempat itu akan mendapat nama sesuai dengan insiden yang berlaku. dengan hal ini, masyarakat digambarkan sebagai masyarakat yang kreatif berbanding dengan masyarakat zaman sekarang. Cerita berunsurkan mitos ini sangat memberi pengajaran dan sejarah kepada masyarakat zaman dahulu. Malah masyarakat zaman sekarang juga menerima tempias positifnya.

Secara keseluruhannya, mitos dan dongeng ini merupakan dua cerita yang sangat berbeza sepertimana yang dibicarakan di atas. Walaupun kedua-dua unsure cerita ini berbeza antara satu sama lain, tetapi ia juga mempunyai persamaan dari segi funsinya. Contohnya, sebagai alat mendidik dan memberi pengajaran kepada masyarakat.
Demikian saja perkongsian sya berkenaan dengan MITOS BUKAN CERITA DONGENG........ 

Khamis, 17 Oktober 2019

kritikan antologi sajak pendosa


Saya amat berbangga atas penulisan saya pada kali ini kerana diberikan peluang untuk memberikan pandangan atau kritikan saya sendiri keatas sebuah sajak yang bertajuk antologi sajak pendosa. Lebih-lebih lagi sajak ini telah diselenggarakan oleh pensyarah saya sendiri iaitu Lokman Abdul Samad yang merupakan penysarah di Universiti Malaysia Sabah. Namun begitu, kritikan saya yang pertama ini mengharapkan pandangan dan tunjuk ajar daripada semua pembaca untuk sama-sama membetulkan dan memperbaiki kritikan ini.

Dalam buku antologi sajak pendosa ini, terdapat lebih daripada 30 buah puisi yang dihasilkan oleh para pengkarya. Setiap puisi yang dihasilkan mempunyai penulis yang berlainan. Jika begitu, sudah tentulah pemikirannya berbeza. Walaupun teknik penyampaian atau teknik penulisan yang berbeza, tetapi kesemua puisi ini berpandukan tema yang sama. Menurut pendapat saya, buku antologi sajak pendosa ini kebanyakannya bersifat keagamaan atau ketuhanan. Kewujudan karya-karya seperti ini adalah disebabkan dengan sikap dan tindak balas manusia kepada dunia. Keegoan dan kesombongan yang lahir daripada batin setiap manusia yang telah mendorong nafsu sehigga dapat dirasakan oleh manusia yang lain. para penulis seolah-olah merasakan segala perlakuan manusia selama ini dan ingin mengajar kita dalam erti kehidupan yang sebenar. Dengan kemunculan puisi seperti ini dapat menegur dan menasihati manusia kerana puisi ini mempunyai bait-baitnya yang bermaksudkan sindiran ke atas perlakuan manusia.

Tuhan tak pernah sembunyi
insan menzalimi diri sendiri
insane memilih sendiri
lari untuk meyakini

merujuk petikan di atas, sajak yang bertajuk apa lagi yang dicari hasil karya Adnin. Sajak ini memberitahu kita bahawa tuhan adalah maha tahu akan perkara yang ada di dunia ini. Bahkan jiwa raga manusia juga turut dia ketahui. Dengan itu, apakah kita terlepas daripada semua yang kita lakukan di dunia? Tidak. Seba tuhan lah yang maha tahu dan maha pencipta. Rangkap diatas mengatakan bahawa tuhan ada di mana-mana. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati akan segala perlakuan kita. terutamanya sikap ego dalam diri kita. sesame manusia mungkin kita boleh saling membohongi. Namun, tuhan tidak boleh dimanipulasikan dengan akal fikiran manusia.

Nyataku kerana wujud-mu
Sempurnaku kerana sifat-mu
Syuhudku kerana nama-mu
Solatku kerana af’al-mu

Sajak ini pula bertajuk ikrar yang ditulis oleh Ismailatif. Sajak ini memberikan kita peringatan agar kita senentiasa bersujud dihadapan tuhan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita hidup di dunia hanyalah sementara dan harus mengerjakan suruhan tuhan. Kita adalah milik tuhan dan kita diciptakan oleh tuhan bahkan kita juga akan kembali kepada tuhan bila matang waktunya. Oleh itu, kesempatan yang ada haruslah kita guna pakai dengan mengerjakan perintah tuhan. Petikan di atas menyeru kita untuk selalu beribadah. Manusia adalah insane yang lemah dan sentiasa mempunyai masalah dalam kehidupan. Oleh kerana itu, penulis menyeru kita untuk selalu bergantung meminta pertolongan kepada tuhan melalui ibadah atau doa kepada tuhan.

Sajak yang terakhir ialah bila layar dibuka karya nukilan Adzimhud. Sajak ini berkisarkan keberanian seorang pemimpin. Sebagai seorang pemimpin, sikap keberanian dalam menempuh badai harus tertanam dalam jiwa seorang pemimpin. Pemimpin juga harus menguasai pelbagai ilmu untuk merancang segala strategi dalam kepimpinan.

Pada empuhnya perahu layar
Barang siapa berani buka layar
Setiap sedut nafas pelayar
Sesaat pun dikira kena bayar

Petikan dia atas mengatakan bahawa segala peri laku kita sama ada kebaikan atau sebaliknya pasti ada balasnya. Maka itu segala apa yang berlaku dalam hidup kita ada kalanya disebabkan dengan sikap terdahulu yang kita lakukan. Perlakuan kini yang kita pamerkan haruslah mempunyai kepentinganya di masa akan datang. Jika kebaikan yang kita lakukan di masa kini, yakin lah bahawa kita pasti akan menuai kebaikan. Dan jika kita enanam sikap kesembongan pada masa sekarang, maka kita juga akan menerima akibatnya.

Kesimpulannya, antologi sajak pendosa ini berisikan sajak-sajak yang berunsurkan keagamaan dan ketuhanan. Isi dan ayat yang disampaikan adalah berlainan mengikut kemahuan penulis namun ia membawa maksud yang hampir sama. Antologi sajak pendosa ini banyak memebri pengajaran yang baik dalam diri setiap pembaca. Sajak ini juga dapatmemberi kesedaran kepada pembaca agar lebih mendekatkan lagi diri kepada tuhan. Oleh itu, saya berharap penulis-penulis mudah juga mampu melahirkan sajak-sajak seperti ini yang berunsurkan pengajaran dalam hidup manusia.

KAU

Kau Kau hadir dengan diukir Kau hilang seperti petir Kau datang tanpa undangan Kau pulang tanpa berizin Kau jauh dia mendekat ...